Aplikasi mudah alih

Jadikan idea anda boleh diakses di mana-mana sahaja oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia

Sistem Kedudukan Global

Mesra Pengguna

Sokongan Kamera

Rangkaian Sosial Bersepadu

Reka bentuk UI untuk kedua-dua mod potret dan landskap

Serahkan kepada Reduxion untuk mereka bentuk paparan pengguna untuk aplikasi mudah alih anda. Kami memberi perhatian kepada butir-butir rupa app anda, sama ada di mod potret atau mod landskap.

Dibina untuk peranti dan sistem operasi terkini

Industri teknologi berkembang pesat setiap tahun. Sebagai peminat teknologi yang tegar, kami memastikan bahawa kerja-kerja aplikasi mudah alih anda berfungsi untuk semua peranti mudah alih dan sistem operasi terkini.

iphone
Operating System 9*

Android 6.0
Marshmallow *

* Versi terkini pada Mac 2016

Aplikasi mudah alih untuk sebarang aspirasi

Sama ada untuk gaya hidup, pendidikan, hiburan, produktiviti, komunikasi korporat dalaman, penjagaan kesihatan, kecergasan, perkhidmatan runcit, acara, F&B, atau apa-apa peristiwa atau perniagaan sama sekali, kongsilah idea anda bersama kami. Serahkan kepada Reduxion untuk membuat segala perancangan untuk anda. Reduxion menerima sebarang idea, sama ada kecil atau besar. Jika anda mempunyai impian, serahkan kepada kami untuk menjadikannya kenyataan.

Dalam talian, luar talian, atau keduanya

Kami tidak menghadkan penggunaan aplikasi mudah alih anda kepada pengguna anda. Kami boleh membangunkannya tanpa sambungan internet, berfungsi hanya dengan sambungan internet, atau kedua-duanya melalui penyelarasan data.

Luar talian

Kalkulator, Senarai Tugas, Nota, ialah contoh-contoh aplikasi luar talian. Ianya boleh berfungsi tanpa memerlukan sambungan internet, dan semua data akan disimpan di dalam peranti mudah alih itu sendiri.

Luar talian & Dalam talian

Mesej dan menghantar e-mel adalah contoh aplikasi yang dapat berfungsi di luar talian dan dalam talian. Pengguna boleh menguruskan data mereka di luar talian, dan apabila mempunyai sambungan Internet, data akan diselaraskan dengan data yang disimpan di awan.

Dalam talian

Rangkaian Sosial, ataupun aplikasi yang mengambil data daripada awan adalah aplikasi dalam talian. Aplikasi anda boleh menjejak segala aktiviti pengguna untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan data anda.

Kami boleh meletakkannya di Playstore dan Appstore

Setelah selesai membangunkan Aplikasi Mudah Alih anda, kami boleh meletakkannya di kedua-dua kedai aplikasi Google Play Store dan App Store. Anda juga boleh memilih jika anda mahu aplikasi anda dibeli pada harga tertentu, mempunyai kedai dalam aplikasi tersebut atau muat turun secara percuma.

Google PlaystoreApple Appstore

Hubungi kami untuk perkhidmatan aplikasi mudah alih

Isi borang di bawah, dan kami akan menghubungi anda semula segera.