Aplikasi web

Mengurus data syarikat anda melalui sistem web, sama ada di luar talian atau dalam talian.

Pembangunan laman web untuk semua jenis perniagaan

Reduxion menyediakan penyelesaian peribadi untuk segala jenis perniagaan. Kami membangunkan sistem yang mudah digunakan dengan antara muka yang mesra. Lupakan tentang sistem sedia ada yang mempunyai pelbagai ciri-ciri yang mengelirukan anda atau pengurus data anda. Pilihlah sistem tersendiri yang berfungsi mengikut kemahuan anda.

E-dagang

CMS

Data registry

Pasaran

Intranet

Blog

Forum

Rangkaian sosial

Penyelesaian khas dari anda, untuk anda

Hanya anda yang memahami perniagaan anda dengan teliti dan bagaimana syarikat anda beroperasi. Inilah sebabnya mengapa anda yang membuat keputusan mengenai cara pengurusan data untuk perniagaan anda. Bersama-sama dengan pakar-pakar kami, kita akan menciptakan sistem yang khas untuk anda.

Statistik

Perhubungan

Pengurusan Pengguna

Pengurusan Tugas

Sistem Troli

Sistem Pembayaran

Dibangunkan menggunakan bahasa sumber terbuka

Kami menggunakan PHP sebagai bahasa utama kami untuk membangunkan sistem backend. Selain itu, kami menggunakan MySql sebagai sistem pengurusan pangkalan data kami. Untuk frontend, kami menggunakan bahasa terkini HTML 5 dan CSS 3 untuk menstruktur dan mencantikkan interface pengguna. Dan akhirnya kami menggunakan JavaScript untuk memproses segala fungsi skrip yang diperlukan

Dokumentasi dan panduan

Anda mungkin mengetahui sistem anda dengan teliti, tetapi bagaimana pula pengurus data anda? Untuk menyediakan kakitangan anda untuk sistem anda, kami menyediakan dokumentasi dan panduan pengguna bagi membantu mereka terus beroperasi.

1.2.3

Langkah demi langkah

Format PDF

Cetakan

Simpan data anda di premis atau di awan

Pilih sama ada untuk menyimpan data anda sama ada dalam server anda sendiri di premis anda, atau di awan menggunakan perkhidmatan hosting pihak ke-3.

Premis

Simpan data anda di premis, di server fizikal yang terletak dalam syarikat anda. Ianya hanya boleh diakses di kawasan syarikat anda dan dilindungi daripada ancaman luaran.

Awan (cloud)

Simpan data anda di awan, atau di mana-mana server yang boleh diakses dalam talian. Serahkan tugas pengurusan server anda kepada penyedia perkhidmatan awan. Anda hanya menguruskan apa yang penting.

Hubungi kami untuk perkhidmatan aplikasi web today

Isi borang di bawah, dan kami akan menghubungi anda semula segera.